Aku rasa nak tepuk belakang sendiri sebab berjaya habiskan movie ni. Walaupun pause like more than 10 kali. Bukan sebab boring. Tapi otak dan hati aku terlalu takde rasa sekarang.
Pendek cerita, ia adalah berkenan sekumpulan orang tua bijak bijak di rumah orang tua, gemar menyiasat kes jenayah, dan gelarkan diri mereka Thursday Murder Club. Dan betul betul menyelesaikan kes.
Dia santai je. Lama tak nampak Pierce Brosnan. Ok la segar sikit. Yang lain tu, dah selalu tengok.
Dia ada kelakar sikit.
1. It can be little bit darker or more violence.
2. Untuk whodunnit movie, dia macam terlalu short cut dan banyak info datang tiba tiba.
3. Para pelakon tak boleh disangkal.
Aku jahat. Dalam half way tengok ni, aku cakap pada diri aku, mesti perempuan yang buat movie ni. Sorry.
Saja je nak cerita. Buat rekod. Kalau nyanyuk nanti, aku baca balik. Kau nak cakap aku drama pun, terpulanglah.
Darjah 6, lepas habis UPSR, semua orang satu batch darjah 6 pergi Langkawi, led by cikgu kelas aku, cikgu Rose. Aku macam biasa, tak boleh join. Parents tak bagi. Mungkin diorang takde duit. Mungkin overprotective macam biasa. Aku salah satu daripada tiga orang je yang tinggal. Lagi dua tu masalah kesihatan. Asma.
Perasaan left out tu makin rasa left out. Dah jadi default.
Darjah 6 macam kemuncak left out eh? Ada one time kena palau jugak. Darjah 6 waktu yang paling banyak habiskan masa dengan study like there is no tomorrow. Aku dah macam tinggal kat rumah cikgu Rose. Tapi kat rumah dia, sambil belajar sambil toleh ke TV, tengok cerita Salam Taj Mahal.
Eh. Jauh melencong.
So, mereka pergi langkawi. Naik bas.
Bila rombongan balik, cikgu Rose hulur aku satu bungkusan. Balut cantik. Bentuk pelik, segitiga ke, piramid ke, aku pun tak reti nak teka. Tapi panjang. Masa tu, ada jamuan akhir tahun. Ada kfc dan pulut kuning. Masa ni baru aku tau kewujudan snack plate dan segala side dish kfc hahah. Sebab usually kalau ayah aku beli kfc, dia beli ayam je.
Tengahari tu, ramai orang balik awal. Sebab kan jamuan. Dah habis exam. Selain baca komik atas rumput, takde aktiviti dah.
Aku dah macam konfius nak balik dengan apa. Usually aku akan balik cam 3 pm gitu bila ayah aku dah habis mengajar. Tapi that day, terlalu kosong. Aku jadi takut. Susah juga fikir nak balik tu sebab kalau aku balik, ayah aku datang, macam mana?
(Iklan: banyak kali pemikiran ni terjadi, sampai sekolah menengah, but tak pernah aku dicari. Pelik tak? Diorang ni overprotective spisis apa aku tak tau. Ada sangat banyak benda yang kalau tak favor diorang, sifat overprotective tu hilang. Balik sekolah antaranya. Hantar aku balik rumah pun ayah aku suruh panjat pagar dawai je. Aku je yang gigih tunggu aidil kat sekolah yang merayau. Kau tak faham kot. Takpelah. Malas explain. Nanti kau tak percaya pun.)
So aku buat keputusan untuk jalan kaki balik rumah tengahari tu, bawah panas terik.
Sampai rumah, pintu berkunci. Of course ah. Parents belum balik. Aku duduk luar, tunggu. Dekat tangga pintu rumah yang ada dua step je tu. Panas, berpeluh, rasa nak muntah. Ye aku tak fit.
But then, teringat makanan-makanan tu dalam bag.
Aku keluarkan kfc dan pulut kuning. Hmm boleh makan ni. Bungkusan segitiga tu dalam tangan aku. Lama aku tenung. Sayang nak bukak. Tapi curious. Dalam kepala aku kira: aku tak tahu parents aku balik pukul berapa. Kalau aku simpan, aku kena sabar berapa lama lagi? Baik aku bukak je.
So aku koyak perlahan. Dalamnya kotak coklat. Bentuk segitiga. First time aku nampak. Kotak dia tulis perkataan Toblerone. Aku baca satu-satu tulisan atas kotak tu, teliti macam baca buku rare. Bila aku tarik sikit coklat keluar, segitiga pertama tunjuk huruf “T.” Rasa nak tarik lebih lagi, tapi aku tahan. Aku simpan. Sayang.
Duduk luar rumah, panas terik, tapi tangan aku penuh dengan benda-benda yang buat aku rasa macam, untuk sehari ni je, orang nampak aku. Aku tak pernah sangka cikgu Rose akan beri aku coklat tu.
Dan semua tu berlaku pada birthday aku yang ke-12. Lagilah rasa macam comel.
Endingnya, aku makan pulut kuning dan kfc tu di atas tangga. Walaupun air takde. Last sekali baru aku rasa sekeping toblerone tu. Sedap weh! Tak pernah rasa. Tak tahu mendape yang liat liat tu. Mungkin itu first coklat yang aku rasa ada honey. Aku siasat coklat tu. Sampai ayah aku balik.
Soalannya, kenapa aku tak pernah minta duplicate key?
Soalan jenis apa ni? Mata rabun pun tak berani minta cermin mata, dalam kereta rasa nak kencing pun tak berani nak minta berhenti toilet, lagi nak minta duplicate key?
They say life’s too short. Then take mine. Relieve me from this.
I’m happy we’ve established that there is no ideal situation for me. I said, I dont want anything except undoing. And because we cant undo things in this world, I dont want any other thing. And i thought i want death. But when i think about it, i dont want death too. Because death would mean I need to stand with everyone, side bu side, talk about things. I dont want things to be resolved. I want it to be undone! People dont get to resolve things!
I always want to do colonoscopy. Cuma nak pergi minta buat tu, memang idok le. Dalam keluarga aku, penyakit usus, nyanyuk, dan diabetes sangat dominan. Jadi aku memang penakut kalau bab tiga benda ni. Dan usus paling susah nak tahu. So dalam hati tu berangan one day nak buat colonoscopy, entah abad bila, aku tak tau.
But aktiviti bowel aku mula berubah after second cycle anifrolumab infusion.
Since bulan june tahun ni, aku start infusion anifrolumab for my SLE. Basically macam turn off segala laporan kepada immune system. Dia matikan trigger. Kalau aku ada infection, badan tak respon, tak demam.
Entah apa kena, tau tau je bowel activity altered selepas second cycle. Sangat lain. Lain dari segala macam sudut. Like i dont even know you anymore. Tapi aku malas pergi klinik. GP bukan tahu pun nak buat apa. So aku just ambil ORS dan probiotic. Eh aku bukan suka suka nak kata GP tak tahu eh. Aku dah pernah pergi jumpa diorang sebab aku demam sebelum infusion, and diorang tak tahu whats that dan hanya boleh cakap, refer specialist.
Last week is my third cycle. Sebelum start, aku just beritahu semua simptom aku. Termasuk swelling. Rash. Dry skin. So doktor suruh buat scope. Aku macam half hearted. Siap doktor cakap, “kalau orang suruh i buat pun i tak nak buat. But you have to.”
Dia takut jugak sebab hb aku drop, platelet aku naik.
Apa apa ah doktor. But aku tak nak pergi dekat doktor lama aku, Dr A. Sebab aku nak female doctor. So dia bagi aku surgeon perempuan. Dr T.
The next day, aku jumpa Dr T. Dia tolak aku dan suruh aku pergi jumpa Dr A jugak. Sebab dia kata dia hanya tahu buat procedure. Dia tak tahu baca or relate dengan biologic medicine.
Apa apa ah doktor.
Nasib baik masa tu Dr A free. Terjah je lah aku masuk. Ehhh dia ingat pulakkk akuuuu. Aku ni manusia yang patutnya last sekali diingati. Aku cepat sus kalau orang ingat nama aku atau orang ingat apa tentang aku atau apa yang aku cakap. Dia ingat aku as SLE patient yang anxiety.
Lepas dia check check, dia kata nak buat scope.
Apa apa ah doktor.
At this point, aku dah takde rasa malu dekat mana mana doktor dah. Tengok lah apa saja. Aku minta nak buat hari sabtu.
The worst thing about colonoscopy bukanlah tentang prosedur nya. Tapi tentang bowel prep. Tentang soft diet. Tentang mengosongkan usus. Kena minum julap.
Tapi aku berbeza.
Orang lain buat bowel prep tak boleh tidur sebab asyik pergi toilet. Aku buat bowel prep tak boleh tidur sebab tak rasa nak pergi toilet. Langsung tak rasa. Mungkin sebab aku dah 3 minggu cherry berry. Tak banyak pun ada dalam usus aku. Sebab bila minum julap dan air, air juga lah yang keluar. Aku letih dan mengantuk, tapi sebab anticipating.
Bila sampai ward, bukak everything segala, pergi sorong masuk bilik prosedur tu and doktor tanya dah ready ke belum, aku cakap je lah ready. Mamat yang sama jugak lah bagi aku bius masa buat upper endoscopy dulu. Now dah dua kali dia tengok bontot aku. Tengok lah. Tengokkkkkkk. Aku tak malu. Hmmm.
Then sedar sedar aku dah dekat ward semula. Masih dalam posisi mengiring. Penuh dengan rasa gel. Yek. Pening. Walaupun aku ni spisis tak suka pakai panties, tapi masa tu aku nak sangat panties aku semula. Tengah tengah pening tu aku boleh bangun dan pergi kat loker, ambil panties dan phone. Priority.
Then nurse bawak food. Pastry, biskut, dan air milo. Aku makan. Lapar gila woi. Dr A datang visit. Cakap aku clean. Nothing. Mungkin dia nampak muka aku hampa. “Eh, jangan lah mintak nak ada apa apa pulak.”
Aku cakap, “tak. Tapi kenapa saya macam ni.”
Dia kata, “your condition ni, ada many contributor. We just slashed one.”
Ok lah. Aku happy. Yang penting aku tahu juga usus aku sihat.
Tapi. Makin lama aku makin menyampah dengan benda yang aku rasa tapi tak tahu punca. Almost always my scans and scope tak tunjuk apa apa result. Aku ni manja ke. Aku delusional ke.
Sebelum apa apa, aku buat disclaimer. No romantic interest.
Aku ni. Spisis muka tak malu berkawan dengan lelaki. Sebab fun. Kau nak kata aku perempuan gatal pun silakan lah. Tapi borak dengan lelaki memang best.
Dulu aku tak faham. Tapi bila kawan kawan perempuan batch aku start dah kahwin, dan bercerita apa apa pasal laki dia, aku mula rasa, mereka ni jealous kalau perempuan bersembang dengan laki dia. Jadi mulai saat itu, aku pilih pilih. Kalau yang jenis nak bersembang dekat MT atau skype saja, aku jauhkan diri sikit. Ia bermaksud, wife diorang check whatsapp dan mereka tak explain. Kalau jenis bersembang di whatsapp, aku okay, sebab ia bermaksud mereka clear dengan wife.
Ada yang jenis call. Tapi call dia anytime. Depan wife pun ada buat loud speaker. Yang ni hijau. Okay. Lulus.
Ada juga tergelincir. Ada satu ni, jenis berbual dekat whatsapp. Ok lah aku anggap clear. Sebab aku pernah pergi rumah dia jugak. Rupanya tidak ya. Ada one day aku hantar dia balik rumah dari klcc. Sebab kebetulan aku nak pergi ioi, rumah dia area situ. On the way tu, wife dia call. Dia marah okay. Lepas je end call, aku terus cakap, “eh kau tak bagitau wife kau ke kau balik dengan aku?”
Dia kata tak. Hangin pulak aku rasa. Nanti aku yang kena cop ntah apa apa. Macam yang kawan kawan perempuan always mengumpat pasal orang lain. Aku cuba imagine mereka mengumpat aku. Lepas je dari kejadian tu, everytime dia call aku tak angkat. Dia selalu video call okay. Lagi teruk. Now aku dah pindah east coast, everytime aku datang KL aku tak bagitau dia. Sebab dia selalu cakap sembang kari ajak lepak. Malas aku layan.
Aku ingat dah habis cerita cerita macam ni.
Baru baru ni aku melawat sister company, aku terserempak kawan lama. Borak borak jap tapi sekejap je sebab aku nak gi meeting. Dengan K. Dia minta phone number. Aku bagi.
And then dia text.
Soalan pertama aku, dia ni tak pergi solat jumaat ke?
Soalan kedua aku, kenapa dia ni tetiba. Dulu dulu tak pernah lagi keluar berdua. Aku cuba siasat profile. Anak dah 4. Wife lawo gila tapi last gambar berdua tahun lepas. So aku macam tak tahu dia ni selamat ke tak. Aku pernah tanya dia pasal family masa borak sambil jalan, dia tak jawab. Tak jawab ke tak dengar aku tak tahu lah.
Tapi sampai ke sudah aku tak cari dia. Kami tak ada mutual friends. Kalau ada pun, bukan dekat KL.
Then, this week.
Apakebenda yang every meal time nak cuba lepak? Aku sus. Mula fikir dia nak jual insurans atau hibah. Tahu tak last aku jumpa dia ialah 2015 camtu. No contact at all. Tapi bila terserempak, terus macam ajak lepak. Biasa orang jual insurans buat kerja macam ni. Tapi takde pulak promo promo dekat profile dia. Tak public pulak tu.
Sampai sekarang aku tak update. Sebab beliau menakutkan.
Aku trauma keluar dengan laki orang. Bukannya aku borak apa pun, Tapi kau tak tau fikiran seorang wife. Dia boleh create macam macam.
Tapi aku nak lepak dengan dia. Aku ada banyak update pasal zaman dulu yang aku nak cerita.
Sumpah aku tak suka fynn jamal. But this song and mv ialah sesuatu untuk saya. Macam syaitan di dalam hutan gelap.
Dari lirik. Dari mv. Dari nyanyian. Dan reason kenapa aku stop dengar lagu ni pun syaitan. Semuanya membangkitkan syaitan.
Lagu ni bodoh je. Bolehlah sama sama taraf dengan lagu gen z kalau dari segi puitis, sebab dia straight forward. Tapi relatable. Orang mudah faham. Dan describe feeling betul betul. Begitulah perasaannya menjadi suatu yang pernah dan melihat suatu yang pernah. Arkk berdarah jantung aku.
Orang kata ni propaganda media. To have feelings ialah terperangkap dalam propaganda? To be sad about it ialah mangsa propaganda? This is literally paksaan yang dirasa dari kecil. Paksaan supaya tak berperasaan.
Aku tengah syok writing dekat laptop, kaki berlunjur atas foot rest, laptop atas paha, pakai bath robe je, tenang siot, eh, tiba tiba malam ni lagu ni lalu kat youtube aku? Kenapa bukan lagu anggun a rose in the wind ke? At least melodi dia tak membunuh hati.
Babi. Takdir dan algorithm kadang kadang sama sama babi. Jahat ke aku cakap macam ni? Aku rasa bodoh sebab aku tak boleh meluahkan sepuas hati aku dan talking cryptics.
Anyway. Hati aku hari ni penuh dengan pertanyaan, “apakah agaknya yang fatimah desperately wants?” Hahah.
Aku ada colleague nama fatimah. Dia cool nak mampus. Chill je. Tak takut kesilapan. Percakapan teratur. Tak emosi tak tentu hala. Aku nak tahu sangat apa yang dia desperately want di dunia ni. Aku nak tanya tapi takut. Percakapan kami tak pernah deep. Usually pasal kerja sahaja, atau benda serius, atau drama astro, atau benda kelakar.
Aku pernah cakap kat dia, “semoga kau cepat kaya” lepas dia belanja makan, sebab normal lah, orang spend duit kat kita, kita doalah pasal duit. Tapi dia cakap, “kaya je? Sihat?”
So masa tu aku assume dia nak sihat. Tapi nak sihat is something yang tak cukup desperate untuk aku hahah. Aku nak something yang worldly. Something material. Or maybe something yang bukan mindful. Something yang dia nak disebabkan tengok orang ada benda tu. Celaka apa mbak? Aku gila.
Aku tak suka sedih yang menyakitkan dada. Can something emotional stays emotional? Stop this stupid mind body connection. It will solve half masalah aku. Masalah aku apa?
Ada ahhh. Yang penting camne aku nak ponteng training next week untuk appointment doktor? Kbye.
Aku ada meeting dengan sister company kat KL. Last month. Bukan nak cerita pasal meeting tu. Aku nak cerita pasal after meeting tu. Aku lepak dengan subsurface technical lead dia. Kita panggil dia K.
Duduk dekat starbucks, sambil dia hulur drink sambil dia cakap pasal masking. Sebabnya baru lepas whole day meeting and dia kata dia always carry role ‘mediator’ dia tengah tengah orang yang loud. Then dia buka mulut pasal MBTI. Terus rasa macam… oh no. Dalam kepala aku dah siap terbayang dia ni jenis reservoir engineer yang memang padu kalau bab technical, tapi otak selembik roti gardenia kalau bab lain. Spesies yang rasa dia “faham manusia” lepas baca Surrounded by Idiots.
Lepas tu dia cakap dia INFP. Okay… small bump up. Sebab aku pun infp. Aku terus cakap, “ehh I pun infp”.
Tapi belum sempat aku rasa seronok, dia sambung pula cakap dia guna MBTI untuk baca orang. Turun balik graf aku.
Aku tanya, “emm tu pseudoscience kan?”
Dia angguk. “Memang pseudo. Tapi dia tolong I kenal orang, cara nak behave. Memang membantu.”
Hmm. Okay, boleh la terima.
Aku cakap, “tapi dia binary sangat. I prefer spectrum.”
Dia jawab, “Binary, tapi kalau you faham macam mana diorang design soalan, you boleh gauge betul-betul.”
Masa tu baru aku rasa, oh… okay, ni lain. Jarang jumpa orang yang boleh acknowledge benda tu pseudo tapi masih tahu guna secara betul. Lepas tu entah macam mana, terus hanyut borak pasal personality, kerja hilang entah ke mana. Pasal how he has been using mbti to help dia dekat ofis. Dia tanya pasal creative work aku. Aku blur. Tak rasa pun aku creative. Last-last aku cakap writing. Dia tanya, “Poetry ke?” Aku geleng. “Tak. Casual.” Lepas tu sembang pasal jadi “mediator”, pasal mask personality, pasal buku yang kami baca. Aku dah lupa dah aku kat situ sebab kerja.
Yang paling best, is dia cakap dia faham why aku tak naik tren. Di saat saat semua orang preach for public transport. And aku masih tak boleh lupa orang menganjing aku kaya sebab drive to work.
Orang macam ni, masa muda memang tak jumpa. Masa muda, semua lelaki bodoh. Aku pernah admire ptech team lama aku—nampak matang, bijak. Sekali bila aku stalk profile 10 tahun lepas, sama juga perangai. Bodoh juga. Bodoh dan pandai bersama wife. Sebab tu kena sekufu.
K ni tak takut nak fikir. Tak takut nak belajar. Dia tahu benda tu sampah, tapi dia tahu mana nak korek isinya. Ramai lelaki yang dah tua yang aku kenal, dalam keluarga pun, refuse to learn. Kekal bodoh gitu sampai ke tua.
Aku nak jadi macam K.
Selama ni aku banyak berurusan dengan dia pasal planning. Tak sabar nak continue working together pasal technical RE.
I’m dragging myself to write this one. Nafsu journaling dan writing terputus sama sekali. And aku rasa aku di kemuncak craziness.
Suddenly aku rasa baby macam anak patung atau pets. Cuma upgraded version sikit sebab boleh respon. Orang hanya suka baby sebab baby tak tau apa. Tak boleh express apa apa. Tak boleh bantah. Tak boleh meminta. Orang sebut ayam, dia ajuk ayam. Start je budak tu tak ikut apa orang cakap, terus rasa annoyed. Start je dia menangis meminta sesuatu, terus rasa annoyed. Orang hanya nak kawal sesuatu, dan orang nak response from benda yang dia kawal. Response yang dia approve sahaja.
Ya baby tak ada dosa. Orang kata itu sebabnya kita suka baby. Tapi kanak kanak pun tak ada dosa. Tapi orang tetap benci.
“Dulu masa kecik baik je.”
Ya, baik sebab tak mampu bantah. Tak tahu nak defend diri atau berkeras.
Bila baby dah besar sikit, mula cakap rindu baby. Pastu buat anak baru. Anak yang dah besar yang pandai melawan tu? Buang je dalam tong roro. Pandai pandai lah dia hidup.
I told my doctor i perfectly understand struggle orang dewasa. Then dia cakap aku tak faham sebab aku masih emosi. Aku terus stop jumpa dia dan cari doktor lain. Then baru lah aku faham yang otak dan emosi aku tak selari. Aku baru sedar benda ni. Yang, aku understand banyak benda. Tak semestinya emosi aku faham sekali dan boleh respon dengan baik. Bayangkan aku hidup nak dekat 40 tahun, sekarang baru aku faham gap antara otak dan emosi aku ni? Patutlah dia ulang kali cakap aku intelligent. Padahal nak cakap otak dengan emosi aku tak selari. Tak boleh ke kalau cakap je straight to the point? Nak kena aku menangis 17 baldi dulu ke. Memang after aku jumpa dia tu, aku terus lari masuk bilik air klinik dan menangis like meraung. Aku benci dia. Dia jahat.
My mind is occupied. Or maybe the correct word is saturated. Like savoiardi.
To be honest, otak aku dah gila. Aku tak tahu apa aku cakap dan share with public. My otak, terlalu penuh. Hati aku, telinga aku, like suasana ngong ngeng ngong ngeng tak berhenti. Faham tak? Tak kot. Entah. Macam kenduri 24 jam. Rasa nak muntah. Serabut.
Aku memang skip skip ubat. Tak ambil everyday.
Kenapa?
Good question.
Aku tak tahu. Sebab, aku tak tahu aku dah makan ke belum.
Dulu aku rasa macam ni masa aku serabut di waktu kerja. Aku jadi lupa aku dah makan hydroxychloroquine and prednisolone ke belum. Dua benda ni aku takut betul kalau overdose. Sebab aku pernah ter makan dua dose sebab dia macam habit aku akan makan ubat lepas breakfast. But hari tu aku breakfast awal. And then aku makan lagi sekali breakfast kecil pukul 10 sebab makanan tak habis. Lepas tu aku muntah non stop sepanjang petang. Sebab dose yang aku dapat tu dah daily max patutnya. Sebab gemuk la kot. Hahah.
Jadi aku rela tak makan dari terlebih.
Jadi, untuk ubat gila ni, ada one night, aku rasa masa tu aku makan dua dose. Pening dia takleh cerita. Aku sumpah aku tak pernah rasa pening camtu. Eh ke pernah? Masa makan rivotril banyak. Badan aku berat takleh nak bangun. Rasa macam kena tarik dengan magnet besar. Pening. Dizzy. Macam bila tutup mata je, rasa macam on the edge of nak pitam.
So bila aku kerap lupa sekarang, aku skip ubat. Mungkin skipping tu dah cukup banyak i dont know. Yang penting aku rasa aku gila.
Last 3 weeks, I saw my doctor. She asked me, “how was your raya?”
Raya memang something yang sukar. But every year aku prepare. Tahun ni, aku nak observe betul betul, macam mana aku boleh start selesa.
She asked me, “apa preparation tu?”
Aku cakap, usually, I need to bring back anything from KL. Aku susah nak balik kampung dengan tangan kosong. Tak kisah lah raya ke tak raya. No matter how small, sekecil kecil senduk kayu ikea.
She asked me why.
Aku tak boleh nak jawab. Aku just kata entah. Lebih senang nak ‘masuk’ rumah. This year I bring kuih raya, kek lapis anyaman sarawak, kek mita. And some barang ikea. And i bring this.
Cuma this year, ada bonus, universe menyebelahi aku. Rasa macam doa dimakbulkan. Anak fruit aku lahir awal dari due date. Dan disebabkan lahir awal, CL tak dapat datang, dan adik ipar aku terpaksa berpantang di rumah parents aku. Dan ia menyebabkan parents aku busy. Dah tak kisah pasal aku.
Aku berjanji aku akan support education budak ni sebab dia lahir lahir je dah tolong aku.
Next, aku observe lagi, bila masa hati aku boleh betul betul ‘masuk’ dalam rumah tu. Dan aku notice, it’s when everyone makan mi kari yang aku buat, and my dad said sedap. Tak sure is it because it was my 3rd day cooking and aku dah rasa cukup helpful, atau, sebab i feel like i’m good enough to be there.
Ayah aku ni, cukup susah nak makan masakan aku. I used to live dengan wondering why. Kenapa tak pernah makan masakan aku. Aku start memasak heavy since selepas SPM. Sebelum tu memasak hanya untuk adik adik.
Tapi ayah aku tak pernah makan. Macam kalau atas meja tu hanya ada masakan aku, dia try juga nak beli makanan. Banyak kali dah husnudzon.
Bila eh aku pindah cyberjaya? 2018. Aku rasa dekat cyberjaya, ialah first time, dia cakap dia nak makan benda yang aku masak. So, 2018 ke atas. Tapi aku tak layan. Camne eh nak cakap. Aku tak percaya dia nak makan. Aku rasa dia just cakap je nak makan, and belakang aku dia kutuk. Sebab aku pernah dengar dia buat macam tu pasal orang lain. Like, depan aku, dia cakap pasal adik lain. So mungkin depan adik lain, dia cakap pasal aku. Sampai sekarang aku tak percaya.
Takyah ah cakap apa apa. Tak percaya ke apa. Aku taknak dengar.
And masa aku masak mi kari tu, takde orang judge aku. Mungkin sebab aku letak airpods kat telinga.
Aku ni tak fit. Masak sikit je pun dah rupa macam lari full maraton. Atau macam kena kejar babi. Kecuali kalau masak satu lauk je. Kalau penuh stove tu aku pakai, memang hodoh gila babi muka tak fit dan berpeluh. Kalau dulu, zaman lepas SPM tu, aku masak lewat dan tak siap masak by the time mak aku balik lunch hour, dia akan kutuk aku. Ayat exact dia: “woh masok ngat ah konon.”
Tak tahu lah kau paham ke tak. Tapi buka pintu rumah untuk sambut dia balik with apron dan tunggu masakan kering di dapur untuk dapat ayat tu, feels, bodoh. Selepas SPM aku patut berjalan jalan melihat alam, bukan jadi orang gaji.
Jadi, memasak tu sesuatu yang sukar, and yet, bila sempurna, aku rasa lega. Lega sangat sangat.
Tahu apa doktor cakap?
“Everything feels like an exam eh for you?”
Aku ternganga.
“Ha??”
“You dont need to feel that way.”
Macam mana dia boleh simpulkan sesuatu se simple itu? Simple padat tepat. Mungkin sebab dia consultant.
Gambar ni, aku baring atas lantai, adik aku duduk atas perut aku, ketawa bukan main. Kaki macam biasa, sangkut dekat rak tv, senang nak ejas tv tanpa remote.
Masa ni aku darjah lima.
Adik baru umur setahun lebih.
Baru belajar jalan. Baru tahu dunia ni best. Best ke tak best aku tak tahu lah.
Baju and jeans yang aku pakai tu, baju abang Fazri, jiran belakang rumah. Sebab dia dah tak muat. Fun fact. Birthday aku dan abang fazri sama.
Tapi aku ingat satu je:
aku selalu pangku dia, peluk dia, layan dia macam everything ah.
Eh tapi dada aku masih ingat aidil je. I mean, dada aku masih ingat perasaan peluk aidil, tak ingat perasaan peluk adik.
Kalau keluar rumah, akulah kena dukung dia. Aku pernah terjatuh dekat taman masa tengah dukung dia. Memang mati aku masa tu. Dia nangis kuat gila.
Kalau makan, aku yang suap. Nestum dia waktu tu sedap gila. Beras perang campur susu. Aku boleh ingat bau dia sampai sekarang. Macam bau putu bambu world perisa cheese.
Dia adik bongsu masa tu.
Manja nak mampus.
Semua orang berebut nak jaga. Mak abang fazri dah ambik dia seawal umur dia dua hari. Dan sampai sekarang adik aku panggil dia mama. Dan mak aku jeles. The heck. (Ayat dia literally: pergi ah jadi anak dia)
Bila aku ingat balik. Mak aku tak pernah jaga sendiri baby dia. Masa aku and ayuni, nenek aku dan makcik aku jaga. Masa afdzal, pun nenek aku jaga. Tapi masa afdzal paling mencabar kehidupan. Ayah aku pjj. Dan aku rasa aku stop senyum masa tu.
Aku tak pergi annual camp sekolah sebab dia lahir. Ayah aku suruh aku duduk rumah jaga mak aku dan dia. Masa tu aku sedih, tapi sekarang bila aku ingat balik, eh, aku tak kisah pun.
Sebab aku dapat tengok dia membesar dari hari pertama.
Dia ni paling mewah.
Dari susu Morinaga dia yang mahal takde jual kat kerteh tu,
sampai gigi dia jadi pelik sikit sebab entah kenapa macam haus.
Dengan beranak pun kat private hospital, sampai lah dia boleh lari-lari keliling rumah banyak gila toys dan playstation. Dengan kereta mainan.
Eid Mubarak! Reminder: if you’re not smiling non-stop, chatting with everyone, and radiating joy 24/7 sunshine pelangi lgbt, you must be rude, ungrateful, or maybe possessed. Clearly, there’s no such thing as being tired, in pain, or just… not in the mood. Because everyone must perform happiness right?
Ya tuhan aku pelik lah. Aku cuba balik tengok benda benda yang easily buat aku nangis before ni. But now, tengok, menghayati, takde setitis pun keluar. Nak berkerut kening kesedihan pun takde. Dan perasaan ni tak best. Tahu tak, tak best?
Or mungkin betul doktor cakap yg aku cuma feel odd.
Aku tunjuk pada dia sleep history aku yang tak cantik tu. Dia bagi aku the best sleeping pill in the world, dayvigo. Pasal apa best? Pasal tak groggy, dan aku yakin, dia berkesan for exactly 6 jam. Aku boleh plan aku nak bangun pukul berapa.
Namun demi nak membetulkan perasaan, aku tak mampu lah nak layan benda lain di bulan romadon ni. Setiap tahun aku rasa romadon aku paling stupid seukur hidup. Tapi this year aku yakin romadon kali ni takkan boleh dilawan oleh mana mana romadon sebagai the worst ever in my life.
Lebih buruk dari waktu yang itu.
Sekarang the only thing yang berjaya buat aku nangis ialah what if kita mati. Boring lah.
If you feel i justify a lot, then you might not be safe enough for me. I hate making people feel like they need to justify things for me.
This morning, a close person to me try to justify something because i was too quiet, and i said, “dont worry, i’ll be the last person to judge you here. I’m quiet because i’m thinking.”
But my behavior might be perceived otherwise. I hope what i’ve been saying to him makes him feel safe enough.
Being safe is a luxury for me. But i want other people feel like they can be safe with me.
Today is the first time aku bercakap tentang boyfriend kepada psychiatrist, sebab tema hari ni ialah “small talk”. Aku tak berani atau tak terkeluar nak sebut “break up” atau kena tinggal. Aku just cakap, “sebab tu dia blah.”
Tema hari ini ialah small talks.
Aku cakap aku tak boleh kalau orang tanya makan apa, buat apa, ada kat mana. Ia merimaskan.
Dia tanya, masa secondary school, ada small talks tak?
Aku cakap dalam rumah tak ada. Setiap percakapan di rumah ialah hanya untuk beri arahan dan kritik.
Dia tanya, kat sekolah?
Aku cakap, kat sekolah, hari hari jumpa kawan. Tak perlu small talks. Busy dengan percakapan lain, like homeworks or aktiviti or mengumpat.
Dia tanya, sepanjang hidup, siapa yang ada small talks?
Aku cakap, ex boyfriend aku dan aku rimas. Dan itu reason dia “blah”.
Dia cakap, dengan penuh berlapik dan berhati-hati, “emm many poeple cannot understand people who doesnt like small talks, so…”
Sebenarnya nak cakap, aku lah yang pelik tu. Tapi aku tak kisah.
Sebenarnya dua ex boyfriend yang blah sebab ni. Tapi aku tak terasa apa apa. Aku cuma rasa, emm, okay lah. Fine lah. Apa apa lah.
Sekarang, ada dua doktor yang cakap aku avoidant. Bukanlah directly connected to small talks. But aku always beri alasan tak suka small talks kalau nak mengelak perbualan.
Aku beritahu dia, aku tak suka perasaan sekarang, aku tak boleh menangis. Aku rasa tak relieved.
Dia kata, “you have been crying for too long that if you dont cry, you feel odd.”
Walaupun aku rasa betul, tapi aku nak menangis! Yes it feels odd!
Aku ni dah lama tak nangis. Lama sangat. Siap rasa menghampiri manik. Energy terlebih siap tangan menggigil, nafas tercungap nak cakap banyak.
Tapi today, masa morning walk. Aku decide nak lalu belakang rumah childhood aku. Usually jalan kat depan rumah tu je. Aku nampak dari belakang, rumah tu kosong, sebab belakang rumah ialah full sliding door yang tak berlangsir. Aku nampak everything dari belakang sampai ke pintu depan.
Terus meleleh air mata.
Teringat macam macam. Yang baik, yang buruk, yang lucu, yang sedih, yang seram. Jap. Yang baik apa ah?
Entah. Aku hanya ingat aku ialah manusia yang gloomy since first day aku pindah rumah tu. Kecuali first day, bila aku excited tengok rumah baru.
Tapi bila aku bersendirian, aku banyak nakal. Oh ya, betul tu. Aku rasa aku banyak bersendirian juga, kalau bukan masa tengah jaga adik adik. Bersendirian fizikal, aku tak pasti. Otak aku bersendirian, aku pasti.
Aku lupa, sebenarnya kalau nak kritik filem, kritik macam kritik buku. Bila kritik buku, kita kritik sasteranya. Jarang orang kisah tentang kulit buku, font, spacing, warna font.
Walaupun aku menyampah dengan typo, aku kena fokus kepada isinya.
Macam tu lah nak kritik filem. Mungkin tak perlu sangat sibuk sibuk tentang teknikal filem.
Dah dua minggu aku makan antidepressant baru. Yang combo with anxiety treatment. Perasaan berdebar masih ada tapi aku lebih strong tanpa takut tak tentu pasal. Aku rasa lebih rasional, takde nak buat tindakan pelik-pelik macam lari abruptly. Like lebih berani melawan tanpa takut melampau kalau ada orang nak breach privacy aku. Hebatnya.
Bila fikiran melayang memikirkan masalah, tak rasa nak menangis pun. Takde pun keluar air mata. Lebih kepada macam, amende sia. Amende do kau. Dah lama aku tak nangis.
Tak tahu betul-betul kesan ubat atau aku hanya berjaya alih perhatian. Yang penting ubat ni bijok.
I think Muslims always jump to the same answer for everything, and it’s always “takdir.” Flood? Punishment from God. Rezeki? Must be from your parents’ prayers. Something bad happens? Yup, fate and atonement.
Like, amende sia? So narrow minded lah.
But then, I realized I do the same thing. Now, when bad things happen, especially after I’ve planned everything out, I tell myself, “This must be karma for being a terrible child.”
I’m still trying to figure out what I’ve been saying all this time, like maybe God’s just reminding me who’s the boss. But honestly, it’s pretty shallow because He knows everything, He knows what He’s doing. Everything should have a proper answer, right?
Oh, and remember when my psychiatrist said I’m rationalizing stuff? Yeah, looks like this is one of those times.
And then she pointed out that I use humour to cope. Every time I laughed in that room, she caught it.
Excuse me, funny is my middle name, and I’m not ashamed of it. I only use it around people. But when I’m alone? I face my feelings like a gladiator. Sure, I cry like a baby every time, but at least I do it.
Okay, I’m rambling.
Anyway, today’s day two of higher Valdoxan dose. I’m hoping this works. I keep telling myself, “Let’s take two weeks before we go.”
Sometimes, I feel dumb spending thousands of ringgit just to feel normal. And then I wonder, what could I have done if I wasn’t stuck in this whole ‘healing’ thing? Would i be able to unlock more difficult conversations? Be more adventurous?
At least I’m aware now, I know now my body’s always in fight or flight mode. I can physically feel it.
Oh, and I had six steroid injections today. So much pain. Seriously, it feels like someones cutting my flesh.
To summarize, I dont know where is this going. Buntu nak. Buntu.
I think i’m smart, but my psychiatrist said i’m just rationalizing everything as a coping mechanism. My psychologist said the same thing as if rationale means something different in medical terms. Nahhh, i refuse to believe it, rationale isn’t even in my universe.
Then she hit me with, “You have thousands of coping mechanisms, but none are sustainable. Look at your phone.”
Girl. I work in oil and gas industry. Sustainability?
She asked if i’ve been feeling suicidal lately. I said, “nope, i just want to un-exist. Big difference. Also, can time move faster please?”
Then she asked, “When was the last time you felt safe?”
I started crying and stupidly blurted out, “end of 2003.” LIKE, SERIOUSLY? What kind of tragic flashback moment was that? Why didnt i say, 1987??
By the end of our session, we talked prescriptions. She offered me xanax.
Me: “No thanks, that makes me stupid.”
I only have my brain. Nothing else. Cant risk losing the only asset left.
And yet, there i was, debating a consultant like it was some intellectual showdown.
For what? I dont know. I just wanted to talk. Like popping popcorn.
But i’m liking this new meds so far. It feels real. And i dont want to explain what’s real.
Dalam certain hal, solusi aku selalunya radikal. Sekarang aku sedang bertindak radikal. Dalam otak aku, takde lain, “lantak ah”, “sampai mati macam ni”, “dah tak boleh buat apa”.
Tapi malas nak describe. It’s useless. Future me, i believe it would still be hopeless.
By the way. Semalam mungkin hari yang penuh balasan buat aku. Lantak ah. Aku rasa aku dah injured tangan, masa angkat luggage semalam, di tempat sama aku buat surgery. Now aku sedang pakai guard disebabkan sakit yang tidak terperi. Kalau dua minggu pakai guard tapi tak baik, then i have to see my dear surgeon.
I watched this last two weeks after seeing many people praising it for its “twisted” plot.
Meh.
🌕🌕🌑🌑🌑
Omg the moment i saw Francis Ng, sebagai detektif kasar dan garang, i know cerita ni bukan main-main. Kali terakhir aku lihat dia, mungkin hampir 15 tahun yang lalu. Memang lain lah.
Yang lucu nya, dia pakai kemeja batik sepanjang bertugas sebagai detektif tu.
Movie ni pasal seorang mak, Li Han, cleaner dia sebuah sekolah tempat anak dia belajar. Anak dia, Xiao Tong, adalah seorang budak perempuan pekak. Some things happened. Xiao Tong dibuli. Dan pembuli-pembulinya mati sorang demi sorang.
Movie ni tentang menyelesaikan kes pembunuhan dan juga menyelematkan Xiao Tong yang jugak menjadi buruan pembunuh.
Ada la dia punya plot twist di sana sini tu, tapi entah, tak best pun. Motif membosankan dan the way motif diceritakan pun tah pape.
Dia suspense. Tapi tak cukup untuk buat aku panas punggung. Panas sebab ruang tamu aku takde aircond tu, ye.
Setup dia ok. Tapi bahagian penyelesaian dan penghuraian tak ok.
Overhyped. Dan try hard nak tunjuk orang jahat jadi jahat, orang saiko jadi saiko.
Hmm 2024. We started the year with fear of being transferred to region. Para executive macam aku ni, diberi pilihan untuk kekal di KL atau rela hati ke region. Aku sudah tentulah nak kekal di KL. Dan, keputusannya, yes, kekal di KL.
1. January
Nothing too crazy in January. But i bought my PS4 persephone!!! It’s a life changer.
I visited Padang, Indonesia. Good food, good place. Cuma tak bersih saja. Comot. Tapi tak sakit perut, so acceptable lah kot. Di Padang ni lah aku mendapati, yang aku tak suka konsep Nasi Padang yang hidang banyak lauk tu. Aku rasa tak bersih. Sebab hidang banyak-banyak and biar gitu je. Pastu orang taknak makan, kau kutip balik, and serve orang lain pulak? Yek. Aku paling tak boleh makan benda yang dah hidang kat meja orang lain.
Tapi flavour sambal memang umph lah. Yang gulai-gulai, aku lebih prefer terengganu punya sebab gulai minang ni macam kari, cair. Dan satay aku takkan try sebab aku dah rasa satay minang sebelum ni dan cukuplah sekali. Aku tak gemar sebab kuah dia ada hint masam.
Tapi kuih tradisional nya memang enak. And aku pulak memang lama sangat mengidam bubur sumsum, actually tak pernah rasa pun. Ni aku tambah pulut hitam. Rasa dia macam kepala lompat tikam tapi lebih lembut dan smooth. Exactly macam yang aku bayangkan. Yummy.
Kuih lopes the bomb yummy
Aku jarang makan kuih lopes di malaysia, entah kenapa.
Dan ini yang paling enak sekali. Bika tepi talago. Kau baca la dalam bahasa minang. Aku ni pulak dah memang kemaruk sangat nak makan kuih dangai. Dapat yang ni rasa cam major upgrade. Ia adalah campuran kelapa, tepung beras, gula aren (macam nipah), pastu bakar dalam claypot alas daun pisang. Manis, gooey, with crunchy kelapa, panas, wangi. Yummy!!
Yang ni soto padang, soto simpang karya. Aku ni tak pandai makan makanan berkuah. Selalunya aku habiskan isi aje, kuah aku tinggal. Yang ini, aku hirup kuah sampai habis.
Aku juga visit Bukittinggi. Memang cantik. Tapi sepanjang perjalanan tu aku risau je dengan supir aku yang mengantuk. Masih terbayang di fikiran tentang perasaan takut tu.
And i got to see suasana Pemilu di sana. Pak supir pun ada bagi pandangan dia yang jelas menolak calon PDI-P hehe.
Dua benda yang aku menyesal beli sikit kat sini ialah rendang minang dan kripik balado ijo. Kat shoppee pun takde jual.
Di Bukittinggi, sempat lah aku menghayati balik tentang adat minang yang menjadi keluhan hamka. Bila tengok dan dengar penerangan adat minang di muzium Bustanil Ariffin, aku bukan nak backup hayati, aku just nak kata aku faham perbuatan dia, yang penakut nak langgar arahan keluarga. Memang kuat. Zainuddin yang bernasib malang, thats all.
2. February
Lagi tak crazy mana. Yang paling significant tu ialah rash start muncul on off. Langsung tak enak.
Bulan february ni masa aku agak lapang sebab masing-masing sedang berteka-teki kerja apa yang patut dibuat. Tak clear job scope. Yang banyak hanya workshop dan workshop. Audit dan audit. Prepare handover.
Lepas tu juga, i had the worst procedure ever, in my life, MRI tangan. Sumpah menyesal sangat bila menolak untuk dibius. Sebab sakit dan lama. Dari sinilah kelihatan yang tangan kanan aku banyak injury yang baru dan lama. Mungkin sebab aku asyik berangan nak tumbuk semua orang dalam dunia ni.
Bayangkan, selama ni aku la la la pergi buat apa-apa procedure tapi tak jumpa apa-apa yang konklusif, tiba-tiba this time, Dr R cakap, “you have so many injuries.”
Kecut perut aku sekejap. Terus dia refer to, “siapa tu the new ortho surgeon..?” Nurse dia jawab, “Dr J”.
Bermulalah episod aku dengan Dr J pula.
3. March
Bulan march adalah bulan transisi ke department baru. Again, jobscope tak clear. Dan macam takde projek pun. Boring siakk. Masa dihabiskan dengan mengajar orang run script python. Entahlah kenapa aku rasa mengajar orang lelaki ni payah. Tak lekat kat otak. 17 ratus juta kali aku mengulang. Dan mungkin ia kelihatan obvious, mereka asyik cakap sorry saja.
Bulan march juga aku pegi melawat Kuching!!!! Yahoooo
Aku taknak repeat sebab aku dah pernah tulis. Yang penting, Kuching is antara the best city in Malaysia!!
Semasa ni aku masih dengan partner dan aku tanya je dia kat mana nak makan since dia orang Kuching.
Makan mi kolok di Satok. Macam ada gusar, tapi aku makan je. Aku penggemar mi, jarang lah aku rasa mi tak sedap. Apa lagi kalau yang bland macam ni. Mi yang paling enak tu ialah yang sikit saja flavour nya, dan tak buat mulut bersememeh.
Beli lemang dan rendang dalam perjalanan ke Kampung Telaga Air. Tapi hm biasa-biasa je.
Lepas tu makan seafood di Top Spot. Dua malam makan kat sini lol. Aku rasa murah dan segar.
Dan of course Laksa Sarawak, no tauge, di Mom’s Laksa, dekat Satok jugak.
Aku beli banyak kek Mita dan rempah Laksa Sarawak helang jugak untuk hari raya.
Ada juga la benda yang aku menyesal kat Kuching ni. It’s ok. Tiket ke Kuching bulan February nanti aku dah beli haha. Aku akan enjoy sepuas hati.
4. April
Hmm raya. Celebration apa-apa pun, adalah satu beban dan sumber anxiety aku. Cuma sebab raya ni berjadual, aku sempat lah prepare mental aku. It’s ok. I didnt have to do any work, sebab aku pakai splint di tangan kanan. Cuma aku dengan gigihnya buat laksa sarawak pakai tangan kiri.
Aku juga pergi melawat ipoh bersama rakan-rakan. Jjcm. Tapi takde la best pun. Cuma masa tu berpeluang melawat kapal korek bijih timah. Dia macam scary tapi teruja dengan benda baru. Scary sebab, dalam kapal korek tu ada macam-macam binatang, takde orang langsung dan ada bunyi macam-macam. Dan bunyi tu aku tak tau nak tuduh apa. Lepas tu panas. Lepas tu ada perasaan takut dan cemas jugak sebab driver taknak turun. Aku masih trauma dengan benda-benda gitu.
Aku juga menjumpai port makan lontong kering yang sedap di Rawang. Nama kedai tu Warong Ria. Aku memang bijak cari tempat makan.
Dan of course lah aku pergi repeat Roti Canai Ijam dekat Pangkalan. Lama gila tak makan roti canai melayu.
Semasa bulan April ni lah, hati aku meronta-ronta nak kerja. Aku terlalu bosan. Sampai aku kata, aku tak kisah kena pergi region, asalkan ada kerja. Dan seraya itu, aku dipanggil oleh bos besar untuk ditukarkan ke region. Padan muka aku.
Semasa tu, semangat aku agak berkobar-kobar. Macam, i can do this. Dalam hati aku membayangkan, perhaps this will be the right time to betulkan problem relationship aku dengan parents. So i thought.
5. May
May ialah waktu di mana aku rancang banyak benda. Aku bawa parents aku melawat bangkok sebagai hadiah hari jadi. Konon sambil nak praktis pegi umrah jugak. Dan aku juga rancang pembedahan tangan aku.
Bulan May ni emosi paling turun naik. Penat ah nak cerita.
Trip Bangkok ni, aku bermewah-mewahan. Aku tak suka nak sekat itu ini, nak kedekut nak berkira. Sakit otak aku kalau nak berkira sangat. Jadi aku bagi mereka hotel muslim yang banyak bintang (sebab mereka suka berprasangka dengan sesuatu yang bukan muslim dan bukan melayu). Hotel al Meroz. Cantik lah biliknya memang muslim lah. Dapat connecting room jugak. Kesilapannya, lokasi tak strategik. Dia terkeluar sikit dari bandar. Sikit je. Tapi aku amik jugak hotel ni sebab dekat dengan pasar malam Ramkhamhaeng. Pasar malam yang paling banyak orang pattani jual. Itu pun diorang taknak beli. Pergi pasar malam pun balik tangan kosong dan end up dinner kat luar. Stupid nadira.
Next, aku ambil private tour guide untuk pergi Ayutthaya. Pergi Ayutthaya tu sebab dia jeles aku pergi dengan kawan-kawan tahun lepas. Yang ini paling silap. Trip ni private, so dapat van besar untuk bertiga je. Tapi kalau ambil Alphard, jauh lagi mahal. Dan mereka komplen lah cakap van ni besar sangat untuk tiga orang. Takde ke yang kecik sikit. Blablabla. Tapi yang ni aku takde solution.
Dan kesilapan seterusnya ialah aku bawa payung yang kurang pantul cahaya matahari. Aku sorang je yang bawak payung sebab aku memang bawak payung ke mana saja pun walaupun di KL. I photosensitive. Tapi diorang takde payung, maka aku bagi je lah pinjam. Tapi tu pun masih tak tahan panas dan menggelupur lah mereka komplen panas. Lepas tu dia sebut-sebut nak pergi tempat yang ada bunga-bunga, which is salah lah, bukan di Ayutthaya tempatnya. Dia dekat Lopburi tau. Dua jam camtu. Mana cukup masa.
Dan aku bawak mereka keluar awal pagi untuk ke Grand Palace, pun taknak masuk, dah sampai gate dah, dengan alasan panas dan nak shopping. Jem aku.
Entahlah. Banyaklah lagi komplen nya. Menyesal jugak amik MAS sebab kena turun di Suvarnabhumi Airport yang sangat besar dan mereka penat jalan. Baik aku amik AirAsia je turun di Don Mueang yang airportnya kecik saja. Aku amik MAS sebab legroom dia besar. Sebab before ni dia komplen taknak pegi jauh-jauh naik AirAsia.
Jadi. Yang sebenarnya, di balik minda aku, aku taknak dengar satu komplen pun keluar dari mulut parents aku. Tapi memang mustahil lah. Aku cuba mengejar sesuatu yang mustahil dan aku gagal dan aku kecewa. Kecewa yang teramat sangat. Tambahan pula, ia tak mendatangkan sebarang hasil untuk relationship aku dengan mereka. Dan psikologis aku tak faham ni dan kata no efforts are wasted. Dia tak faham. Ribuan ringgit burn begitu saja.
Ini di Ayutthaya floating market. Komplen jugak, sebab dia nak floating market yang jual macam pasar malam atas perahu. Ini sebenarnya takde dalam itinerary sebab floating market tu kat Ratchaburi, dua jam di arah lain pulak. Ni last minute aku masukkan sebab dia nak. Terpaksa lah tambah duit sikit dan tips.
Sepanjang di Bangkok, emosi aku letih sangat. Sebab always paksa diri senyum. Setiap malam rasa penat tahap nak muntah. Dan aku rasa everything tak berbaloi dan sia-sia. I told my psychologist pasal ni, itu yang dia muncul dengan cerita azizulhasni awang kalah di olimpik. Ya allah kau ni kan doktor. Aku rasa macam, ei.
But i know now. Kalau ke mana-mana tu, wajib peruntukkan masa yang sangat banyak untuk shopping. Entahlah apebende yang suka sangat shopping tak paham aku.
Dan, 4 May aku balik semula ke KL, at least ada few days buffer untuk sampai ke hari pembedahan. Aku pastikan parents aku balik kampung dulu. Orang pencen ni sukar dijangka. Kadang-kadang dia boleh je sukati extend stay. Jadi buffer 6 hari tu dah okay.
10 May, aku pergi jumpa Dr J. Aku tak pernah sangka aku akan jatuh cinta dekat dia. Ni la masalah aku bila jumpa orang caring dan bijak. Walaupun aku tahu orang dalam line pekerjaan ni bukanlah caring, tapi act of service ialah love language aku. Last minute betul-betul dah siap warded semua, baru aku bagitahu parents aku, as courtesy sahaja. Kalau aku tahu diorang nak buat kecoh macam aku bakal mati anytime, aku sumpah aku takkan beritahu. Thats the lesson lah. Future procedure dan surgery, tak perlu lagi beritahu. Lantak kau lah situ.
11 May, aku buat surgery. Yahoooo
Bermulalah cuti mc aku selama dua bulan!!
Cute kan.
Sumpah cakap aku enjoy sangat cuti tu. Untuk seminggu pertama. Selepas tu mak aku dah buat kecoh nak melawat bagai. Setelah banyak pertimbangan dibuat, aku bagi dia datang dengan syarat hanya untuk visit. Bagi dia puas hati, dan aku sabar beberapa hari, lepas tu boleh sambung enjoy. Macam tu lah menurut perancangan aku.
Tapi sebenarnya, selepas habis mereka visit tu, emosi aku tak lagi dapat diselamatkan. Sepanjang baki cuti tu, aku menangis siang dan malam. No kidding. Sebab tu aku rasa percutian bangkok itu sangat sia-sia.
Kenapa menangis siang malam? Aku tak kuat lagi nak revisit rakaman emosi itu. Yang penting, aku terseksa. Hidup dengan pakai cast pun tak terseksa macam seksaan emosi ni.
6. June
June busy sebab, entah. Aku dapat surat perpindahan dan patut melapor diri di tempat baru pada 1 June. Ei bos ni kan. Aku rasa nak sekeh je. Aku dah bagitau dah dia yang aku buat surgery dan MC dua bulan. Nasib lah bos baru aku tu kawan aku jugak.
Dan. Busy buat physio sebab cast dah bukak. Every week, tiga kali. Tengok tu Dr J gergaji cast.
Lepas tu aku busy betulkan rumah, sebab dah nak pindah kan. Aku betulkan segala kebocoran paip dan buat siling baru dekat semua toilet.
Bulan June juga aku ada beberapa sesi farewell. Orang asyik ajak keluar makan. Dan aku pula tak suka sesi besar, jadi ada banyak sesi berdua. Which aku rasa lebih meaningful.
Bulan June aku habiskan buku Mendewasa Dengan Luka. Inilah puncanya buat aku nekad untuk jumpa psikologis.
Bulan June juga aku pegi visit Klang untuk makan. Entah ek aku makan apa. Macam hilang memori pulak. Aku tak suka Klang. Walaupun dia ada banyak tempat bersejarah. Dia macam busuk dan buruk. Tapi boleh lah check the list.
7. July
July hmm. Aku melapor diri di tempat baru. Perasaan yang taknak aku relive. Sengsara yang teramat sangat. Aku rasa aku nak stop.
In summary, aku start physio di Kerteh. Berusaha keras cari rumah sewa. See my house, very pretty.
Tempat baru, team baru. Aku masih membiasakan diri. Observing. Dan aku tak pandai buat kerja ni. Memang kalau tak pandai kita boleh belajar. I’m fine kalau betul begitu. Belajar belajar dan buat. Ni tak eh. Belajar tu jadi nombor dua. Yang utama ialah membina relationship dengan ramai orang terutamanya crew offshore. Jadi beberapa bulan ni aku lebih banyak fokus kepada kerja yang mengadap komputer saja. Modeling, studying, buat proposal, thats all. Lantak lah benda-benda offshore tu.
8. August
Masih begitulah. Ulang alik kerja. Ulang alik hospital. Ulang alik physio. Nothing excites me kecuali bila dapat balik ke Cyberjaya. Rash tak payah cakap lah. Tumbuh dengan jayanya. Memang tak tahan.
Di akhir bulan, barulah aku berjaya pindahkan semua barang aku ke Kerteh. Aku tak tahu ini strategi yang betul atau tak. Dalam kepala aku masa tu, aku perlukan rumah sendiri dan aku perlukan barang-barang aku untuk cipta home baru.
Sampai sekarang aku masih belum berjaya rasa macam ianya rumah aku. Tapi far better than duduk rumah parents.
9. September
Murung masih berterusan.
10. October
Melawat langkawi. Entahlah dah cerita ke belum. Belum kot. Ha, melawat langkawi.
Aku cari rumah yang cantik. Dan memang cantik. Aku memang pandai. Tepuk tangan.
Makanan sedap.
Pizza di Pizza Hill ni memang juara. Walaupun konsep dia takde menu dan dia hanya buat pizza berdasarkan apa yang dia ada saja, tapi sedap!!
Sarapan pagi memang the bomb. Aku berjaya makan pulut. Heaven. Kedai Kopi Kampung, Jalan Chandek Kura.
Kuih tepung bungkus terpaling sedap. Inti kelapa tu siap ada rasa hangit gula melaka. Dekat kedai laksa kak su.
Laksa kak su. Kedai dia teramat warung. Langsung tak glemer. Tapi kesedapan hingga hirupan kuah terakhir. Kuah bukan pekat gila pun tapi penuh ikan.
Akhirnya aku jumpa kuih dangai di pasar malam pekan Kuah. Thank god for this kuih.
11. November
Bulan hari jadi. Masih murung.
12. December
Dan murung. Tambahan pulak rumah aku banjir. Sampai sekarang karpet aku masih tak setel. Pintu semua terkopak, kembang kena air. Katil dah beli baru, ok la.
Murung. Setiap hari menangis.
Dalam hati aku. Cepatlah masa berlalu. Aku tak tau aku menunggu apa, tapi aku nak masa cepat berlalu. Just go go go aku tak peduli apa apa.
Apa yang aku belajar tahun ni? Banyak. Terutamanya dalam mengenali diri sendiri. Tapi adakah ia menambahbaik? Entah. Makin tahu makin murung. Psikologis juga berkata, ia terpaksa dilalui. Memang ia menyakitkan, memang ia melukakan. Jantung macam nak pecah, sambil fikir, apa aku ni? Macam kena dera pulak. Padahal bodoh je. Like that.
Ok lah. The only way aku nampak hanyalah dengan stop berusaha. Sekarang ni lah. Just fokus buat kerja laju-laju. Ni kalau psikologis aku tau, dia geleng kepala. Tak lah. Dia tak kisah pun. Kerja dia terhad di dalam bilik consultation. Tak macam surgeon.